fbpx

Justin Timberlake mohon maaf malukan Britney Spears

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan Justin Timberlake dan Britney Spears ketika mereka bergelar pasangan kekasih.

PENYANYI Justin Timberlake akhirnya memohon maaf kepada bekas kekasihnya yang juga bintang pop terkenal, Britney Spears selepas dia didesak netizen untuk berbuat demikian.

Timberlake didesak berbuat demikian selepas tayangan sebuah filem dokumentari berjudul Framing Britney Spears yang membongkar kehidupan pelantun lagu Toxic itu.

“Saya menerima banyak pesanan mesej, komen dan desakan netizen supaya memohon maaf terhadap Spears. Saya sangat menyesal atas tindakan yang telah saya lakukan sehingga menjejaskan dirinya (Spears).

“Saya secara peribadi ingin memohon maaf kepada Spears kerana pernah melukai hatinya. Saya mengaku bahawa saya telah gagal,” ujar bekas anggota kumpulan NSYNC itu dalam Instagramnya.

Dokumentari tersebut menyebut bahawa Timberlake pernah berlaku curang dan menghancurkan hati Spears ketika mereka bergelar pasangan kekasih pada 1999 hingga 2002.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI