fbpx

Cardi B dihina berwajah pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARDI B

PENYANYI Cardi B mempunyai cara tersendiri berdepan dengan kecaman apabila dirinya dihina dan dicaci netizen hanya kerana dikatakan mempunyai wajah yang pelik.

Untuk menutup ‘mulut jahat’ netizen, dia memuat naik gambar wajahnya tanpa secalit solekan.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun itu, dia tidak peduli dengan segelintir netizen yang mengejek wajahnya.

Bahkan, pelantun lagu Up itu mengakui berasa selesa dan bangga dengan bentuk tubuh dan wajahnya yang dikatakan pelik itu.

“Ini wajah saya selepas 20 minit bangun tidur tanpa sebarang solekan dan filter. Saya tidak takut untuk menunjukkan wajah sebenar,” katanya.

Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata itu pernah dituduh netizen melakukan pembedahan pada hidungnya.

Bagaimanapun, dia tidak mengeluarkan apa-apa komen terhadap tuduhan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI