fbpx

Lelaki maut, motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang Muhammad Shahril Haizi rosak teruk selepas terbabas di Jalan Salor Baru-Kota Bharu malam tadi.

KOTA BHARU – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sendiri di Jalan Salor Baru – Kota Bharu di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu, Muhammad Shahril Haizi Che Aziz, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala ke Kota Bharu.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya itu.

“Insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh di tengah jalan dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala kerana tidak memakai topi keledar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, siasatan mendapati kemalangan berlaku disebabkan kegagalan mangsa mengawal motosikal yang ditunggangnya dengan kelajuan tinggi sebelum terbabas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI