fbpx

Penganggur miliki senapang angin, busur panah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSMAN (tengah) menunjukkan senjata busur panah model CR-071B yang dirampas dari seorang penganggur di Taman Jebong Aman di sini Ahad lalu.- Foto Wat Kamal Abas

TAIPING – Padah memiliki selaras senapang angin dan busur panah, seorang penganggur ditahan polis dalam serbuan di rumahnya di Taman Jebong Aman di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku memperoleh senapang angin itu daripada seorang lelaki warga Indonesia lima tahun lalu.

“Menurutnya, dia mengaku menyimpan senjata berkenaan untuk kegunaan sendiri,” katanya pada sidang akhbar di IPD Taiping di sini hari ini.

Tambah Osman, ketika ditahan, polis turut menjumpai selaras busur panah model CR-071B bersama anak panah dan satu bekas plastik peluru serta sebatang paip yang telah diubah suai.

“Kesemua senjata dirampas dan dibawa ke IPD Taiping untuk pemeriksaan lanjut.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Katanya, suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI