fbpx

Michelle Obama terbit rancangan memasak kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program ini memfokuskan hidangan sihat dan bernutrisi buat kanak-kanak. – CNN

BANDARAYA NEW YORK – Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama bakal melancarkan rancangan masakan yang memfokuskan hidangan kanak-kanak di platform penstriman popular, Netflix.

Obama akan menjadi bintang dan penerbit eksekutif bagi program bertajuk “Waffles + Mochi,” yang boleh distrim mulai 16 Mac ini, lapor stesen penyiaran CNN, kelmarin.

Sesuai dengan fokus program untuk penonton yang lebih muda, ia akan menampilkan dua boneka bernama Waffles dan Mochi serta Obama sendiri sebagai pemilik pasar raya.

Rancangan ini akan menceritakan perjalanan mereka dalam usaha mencapai cita-cita untuk bergelar seorang tukang masak.

“Waffles, Mochi dan Puan Obama bakal melancarkan misi menghasilkan pelbagai jenis resepi antarabangsa menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di dapur rumah kita semua.

“Setiap episod akan menampilkan cef terkemuka dan selebriti terkenal sebagai tetamu jemputan,” kata Netflix dalam satu kenyataan.

Tema program ini selari dengan kempen kesihatan awam ‘Let’s Move!’ (Mari Bergerak) cetusan Obama yang bertujuan membendung kegemukan dalam kalangan kanak-kanak.

Rancangan ini adalah salah satu daripada karya yang dihasilkan di bawah syarikat penerbitan Higher Ground Productions milik Michelle dan Barack Obama yang mengikat perjanjian bagi tempoh beberapa tahun bersama Netflix. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI