fbpx

Dua pesakit Covid-19 curi telefon bimbit di MAEPS ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Tik Tok menunjukkan angota polis lengkap berpakaian PPE menahan suspek kerana disyaki mencuri telefon bimbit pesakit Covid-19 di PKRC, Maeps, Serdang, malam tadi.

SEPANG – Polis menahan dua lelaki selepas disyaki mencuri empat unit telefon bimbit milik pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam selepas pegawai perubatan di pusat kuarantin berkenaan terdengar berlaku kekecohan dalam kalangan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan.

“Susulan itu pegawai dan petugas perubatan berkenaan telah mengaktifkan kod oren dengan meminta bantuan anggota polis bertugas bagi meredakan keadaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan lanjut mendapati berlaku kes kecurian telefon bimbit dalam kalangan pesakit di pusat kuarantin itu.

“Dalam kejadian itu, beberapa pesakit lain turut menahan dua lelaki berusia 24 tahun dan 40-an yang juga pesakit di dewan kuarantin sama disyaki terbabit dalam kes kecurian telefon bimbit.

“Pegawai perubatan juga menemui empat unit telefon bimbit yang disyaki dicuri itu,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, kedua-dua suspek kemudian dipindahkan ke dewan lain bagi tujuan keselamatan.

“Berdasarkan rekod tempoh kuarantin, seorang daripada suspek itu akan mengakhiri tempoh rawatan kuarantin hari ini manakala seorang lagi berusia 24 tahun akan dilepaskan daripada kuarantin esok.

“Kedua-dua mereka akan ditahan oleh pihak polis sebaik dilepaskan dari pusat kuarantin,” katanya.

Terdahulu, tular satu video menerusi aplikasi Tik Tok dipercayai dirakam pesakit yang dikuarantin menunjukkan seorang daripada suspek dibawa keluar oleh pihak polis lengkap berpakaian pelindung diri (PPE).-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI