fbpx

Penunggang basikal maut dilanggar treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang basikal maut selepas terlibat kemalangan dengan treler di Perai hari ini. Foto IHSAN BOMBA

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang basikal dilaporkan terbunuh selepas terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah treler di Kawasan Perusahaan Perai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 petang itu, mangsa, K. Gunalan, 46, maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya yang tiba di lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 7.22 petang mendapati mangsa tersepit pada bahagian hadapan treler.

“Kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah treler yang dikatakan melanggar penunggang basikal tersebut.

“Bomba telah membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum mayat berjaya dikeluarkan pada pukul 7.44 petang,” katanya.

Menurut jurucakap itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak hospital sebelum mayat diserahkan kepada polis.

Operasi berkenaan dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat Perai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI