fbpx
Nabil dan Shuib ditemani isteri mereka pada pembukaan outlet BubbleBee di Seremban 2 hari ini.

Setahun tertangguh, Nabil syukur outlet BubbleBee miliknya dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Setelah hampir setahun tertangguh, impian pelakon dan pengacara terkenal Nabil Ahmad untuk memiliki sebuah outlet minuman BubbleBee akhirnya tertunai.

Menurut Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 38, perancangan untuk membuka outlet minuman berasaskan madu itu adalah sejak tahun lalu, namun terpaksa dianjak sedikit ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Patutnya tahun lepas lagi kita dah rancang untuk buka tetapi terpaksa tangguh beberapa kali disebabkan PKP.

“Alhamdulillah syukur akhirnya impian untuk membuka outlet ini terlaksana juga. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong,” katanya yang secara rasmi memulakan operasi outlet Bubblebee di Seremban 2 hari ini.

Pada masa sama, pengacara MeleTOP itu memberitahu, walaupun situasi pandemik tidak menentu, pengurusan BubbleBee tetap membuka cawangan sekali gus menawarkan peluang pekerjaan terutama buat mereka yang terjejas disebabkan hilang punca pendapatan.

Tambah Nabil, dia dibantu Shuib Sepahtu selaku pemilik bersama BubbleBee merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan selepas ini, namun bergantung kepada situasi semasa Covid-19.

“Insya-Allah dalam masa terdekat nanti, akan ada beberapa cawangan BubbleBee lain dibuka bergantung kepada situasi semasa pandemik.

“Menerusi pembukaan outlet ini, kita juga menawarkan peluang pekerjaan buat mereka yang memerlukan. Insya-Allah sama-sama kita kongsi rezeki,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sehingga hari ini, kedai minuman berasaskan madu tersebut sudah mempunyai lebih 27 cawangan di seluruh Malaysia. – K! ONLINE