fbpx

Bayi perempuan ditemui di tokong Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di sebuah tokong Cina di Kampung Hilir, Kubang Rotan pada petang tadi.

ALOR SETAR – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di sebuah tokong Cina di Kampung Hilir, Kubang Rotan di sini hari ini.

Bayi tersebut ditemui seorang penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis pada pukul 5.20 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memberitahu, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menerima panggilan telefon berhubung penemuan bayi itu daripada pengadu dikenali dengan nama Sharifah.

“Pengadu memaklumkan menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di kawasan tokong di tepi bendang di Kampung Hilir, Kubang Rotan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pihaknya kemudian merakamkan percakapan pengadu sementara bayi dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk pemeriksaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI