fbpx

12,000 unit rumah mampu milik Residensi Prihatin di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (kanan) menyampaikan limau kepada seorang penduduk sempena Tahun Baru Cina di Taman Puspa di Kok Lanas, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kementerian Wilayah Persekutuan akan melancarkan projek rumah mampu milik iaitu Residensi Prihatin di Putrajaya pada 22 Februari ini.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, rumah tiga bilik dan dua bilik air dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga dua tahun setengah.

“Bagi peringkat permulaan, sebanyak 12,000 rumah itu akan dibina. Setiap unit bernilai RM200,000 melibatkan sembilan kawasan strategik di Presint 7 dan 9 di Putrajaya selain berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam.

“Keutamaan rumah itu diberikan kepada penjawat awam dan pasangan keluarga muda boleh memohon menerusi portal KWP bermula selarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir di Majlis Penyerahan Penyampaian Hamper, Limau dan Angpau Sempena Tahun Baru Cina di Taman Puspa, Kok Lanas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, selain di Putrajaya projek rumah tersebut akan dijalankan di Kuala Lumpur dan Labuan, Sabah selepas ini.

Menurutnya, setakat ini, sudah ramai yang memohon dan pihak kementerian sudah menyemak data serta statistik pemohon tersebut.

Annuar berkata, pembinaan rumah itu merupakan antara sebahagian daripada lima projek melibatkan 8,000 unit termasuk yang tergendala di bawah program Perumahan Penjawat Awam (PPAM).

“Kita telah mengubah suai projek tersebut kepada Residensi Prihatin dengan persetujuan daripada kabinet berhubung perkara itu.

“Kita juga akan membuka tender kepada pemaju untuk projek rumah berkenaan,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI