fbpx

RMNK diperkenalkan bantu penyelidik tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Penyelidik dan pemain industri tempatan tidak lagi perlu menghantar sampel penyelidikan mereka ke luar negara sebaliknya ia boleh dilakukan menerusi inisiatif Rangkaian Makmal Nanoteknologi Kebangsaan (RMNK).

RMNK yang dilancarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama pemegang taruh diperkenalkan bagi memacu ekosistem nanoteknologi negara secara lebih progresif dan dinamik.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, sebelum ini, penyelidik dan pemain industri menghantar sampel penyelidikan untuk ciri pengukuran teknologi nano ke luar negara kerana kekurangan maklumat berkenaan sumber dan kemudahan yang disediakan dalam negara.

Beliau berkata, kewujudan portal RMNK akan memudahkan penyelidik dan pemain industri tempatan mendapatkan maklumat tentang peralatan dan teknologi yang sedia ada dalam negara.

“Secara tidak langsung, penyelidik juga akan mendapat hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan dalam waktu lebih singkat dan efisien apabila menggunakan makmal serta kemudahan yang sedia ada di dalam negara.

“Dengan adanya RMNK, penggunaan sumber yang lebih efisien dapat dipertingkatkan, kos penyelidikan, R&D serta pengaliran wang ke luar negara dapat dikurangkan,” katanya ketika melancarkan insiatif berkenaan secara dalam talian di Facebook Mosti hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI