fbpx

Dahlee bukan wanita idaman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE DAHLEE

MESKIPUN memiliki pakej kejelitaan dan fizikal yang menawan, namun semua kelebihan tersebut tidak menjadikan aktres Lee Dahee seorang yang berkeyakinan untuk merasakan dirinya dambaan kaum lelaki.

Perkara berkenaan diluahkan Dahee ketika muncul dalam program My Ugly Ducking bagi mempromosikan drama terbaharunya berjudul L.U.C.A: The Beginning.

Dahee berkata, dia sentiasa cergas sepanjang menjalani penggambaran babak aksi dalam drama berkenaan kerana rutin hariannya yang gemar melakukan senaman.

Ketika diusik pengacara yang memuji kecantikannya, Dahee mengakui perkara berkenaan, namun mengakui, dirinya bukan seorang yang popular dalam kalangan kaum lelaki kerana terkeluar daripada senarai wanita idaman.

“Saya tidak pandai menyembunyikan perasaan. Saya suka berterus-terang dalam apa jua keadaan,” katanya yang sukakan lelaki berperwatakan serupa.

Menambah alasan kenapa dirinya bukanlah wanita idaman lelaki, Dahee mendedahkan perkara tersebut berpunca daripada bentuk tubuhnya.

“Badan saya agak tinggi dan bidang bahu saya lebar. Sebab itu kalau berat badan naik walaupun sedikit, badan saya akan kelihatan sangat besar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI