fbpx

Prestasi Spurs runsingkan Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS berdepan masalah prestasi apabila mencatat kekalahan kedua berturut-turut termasuk tewas kepada Brighton 0-1 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho me­ngakui pasukannya kini dibelenggu masalah prestasi selepas mengalami kekalahan ke­dua berturut-turut apabila tunduk 0-1 kepada Brighton awal pagi semalam pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan kemerosotan Spurs di bawah kendalian Mou­rinho semakin ketara apabila hanya meraih dua kemenangan dalam sembilan aksi EPL ter­akhir dengan kini ketinggalan 11 mata berban­ding pendahulu, Manchester City.

Pada perlawanan tersebut, jentera serangan Spurs dilihat tumpul tanpa kelibat penyerang utama, Harry Kane yang me­ngalami kecederaan dengan pemain gantian, Gareth Bale gagal mempamerkan aksi yang diha­rapkan.

Kata Mourinho, barisan pemain memulakan aksi dengan perlahan membuka ruang buat Brighton melakukan serangan sehingga berjaya meraih gol seawal minit ke-14 menerusi jaringan ­Leandro Trossard.

“Secara keseluruhan, ini adalah aksi yang hambar dipamerkan oleh barisan pemain dan saya akui kami semua sangat kecewa dengan keputusan ini. Kami bolos di awal saingan tetapi pemain tidak berusaha untuk bangkit semula.

“Justeru, banyak ruang yang perlu kita perbaiki sekiranya pa­sukan berhasrat untuk kembali di landasan kemenangan dan saya mahu pemain lebih bekerja keras tanpa sebarang alasan selepas ini,” katanya.

Spurs bakal berdepan ujian lebih besar selepas ini apabila dijadualkan bertemu seteru setempat, Chelsea pada aksi derbi London di laman sendiri pada awal pagi Jumaat nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI