fbpx

Kejayaan Nicol David inspirasi dan motivasi atlet negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kejayaan diraih bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia perlu dijadikan inspirasi dan motivasi atlet-atlet negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pemilihan itu merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan negara dan selayaknya diberikan kepada beliau.

Katanya, dia terharu dengan sokongan rakyat Malaysia dan sememangnya ia satu pengiktirafan yang cukup besar buat beliau sendiri dan kepada negara.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada atlet-atlet negara untuk terus berusaha serta mengukir pencapaian yang terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ratu skuasy negara itu telah dinobatkan sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman oleh The World Games dengan sebanyak 318,943 undian.

Keputusan yang membanggakan negara itu telah diumumkan di Twitter rasmi The Worlds Games semalam.

Untuk rekod, Nicol Ann David pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008 serta gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005,2006, 2008, 2009 dan 2010.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI