fbpx
FATHINA Uzma Mohd. Zaki (tengah) bersama dua adiknya yang turut ditemani bapanya di atas wakaf di kawasan sawah padi di Kampung Kuar, Pasir Mas hari ini. Gambar : YATIMIN ABDULLAH

Ikuti kelas online di sawah padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Kawasan sawah padi di Kampung Kuar di sini yang sebelum ini sunyi sepi bertukar menjadi lokasi pilihan pelajar mengikuti kelas online sepanjang pusat pengajian tinggi dan sekolah ditutup.

Lokasi itu menjadi tumpuan para pelajar disebabkan oleh capaian internet yang kuat berbanding dengan kawasan lain di kampung berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, ada dalam kalangan pelajar mengambil keputusan untuk berkampung di kawasan tersebut bagi mengelakkan mereka terlepas daripada mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau kelas online.

Perkara itu diakui sendiri oleh pelajar tahun satu Sarjana Muda Pendidikan Sains Rumah Tangga, Universiti Putra Malaysia (UPM) Fathina Uzma Mohd Zaki, 20.

Fathina Uzma berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana itu merupakan pilihan terbaik buatnya bagi mengelakkan ketinggalan daripada mengikuti sesi kuliah secara dalam talian.

Menurutnya, setiap hari dia akan berkampung di lokasi itu sebanyak dua sesi iaitu pagi dan petang bagi mengikuti kelas pembelajaran seperti yang telah ditetapkan oleh pensyarah.

“Saya juga terpaksa berulang-alik sejauh enam kilometer setiap hari untuk datang ke sini. Mahu atau tidak, hanya itu sahaja pilihan yang ada meskipun kawasan ini agak sunyi dan terpencil.

“Bagaimanapun, saya cukup lega apabila ibu atau ayah sering menemani sepanjang mengikuti kelas online selain adik Ain Baliqis, 13,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fathina Uzma memberitahu, jika ada kelas perbincangan pada waktu malam, dia akan menumpang di rumah sepupunya yang terletak di Kampung Bukit Panau, Tanah Merah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN