fbpx

Majikan perlu wajibkan pekerja jalani ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bermula hari ini (1 Februari), kerajaan mewajibkan semua majikan di seluruh negara memastikan pekerja mereka menjalani ujian saringan Covid-19 dan kos ujian saringan ditanggung oleh majikan masing-masing.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, seramai 6,641 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 85 orang disahkan positif Covid-19.

“Secara kumulatifnya, sejak 1 Disember 2020, seramai 265,770 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 10,973 majikan.

“Daripada jumlah ini, seramai 4,867 orang telah disahkan positif Covid-19 manakala 260,903 lagi adalah negatif,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sehingga kini juga, sebanyak 890 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI