fbpx

Bunyi letupan di Sabah disebabkan tahi bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANTARAN PABD di laman Facebooknya mengenai gegaran yang dikesan di Sabah dan Brunei semalam.

PETALING JAYA – Bunyi letupan di langit yang didengari oleh penduduk di beberapa kawasan di Sabah, Brunei dan bahagian Utara Sarawak semalam dipercayai berpunca daripada meteor (tahi bintang).

Perkara tersebut disahkan oleh Persatu Astronomi Negara Bruneri Darusssalam (PABD) hari ini.

“Meteor dikesan memasuki ruang udara Brunei sekitar pukul 11 pagi. Beberapa orang saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi yang kuat dan berasap.

“PABD juga ada menerima makluman dan beberapa keping gambar daripada saksi kejadian,” katanya di laman Facebook rasmi PABD awal pagi tadi.

Semalam, Kosmo! melaporkan penduduk di beberapa lokasi di Sabah termasuk Sipitang dan Beaufort mendengar bunyi letupan berkenaan.

Bunyi itu juga didakwa didengari oleh penduduk di Labuan dan Brunei. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI