fbpx

Program pencahayaan antara aktiviti Hari Wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahadi ketika menyampaikan perutusan Hari Wilayah Persekutuan 2021 di laman sosial Faceebok tadi.

PETALING JAYA- Program pencahayaan di bangunan-bangunan sama ada milik kerajaan ataupun persendirian menjadi antara aktiviti utama sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang di sambut esok.

Aktiviti pencahayaan itu boleh diadakan di bangunan kerajaan dan swasta selain premis perniagaan dan taman awam dengan menyalakan lampu antara pukul 7.30 malam hingga 12 tengah malam sepanjang Februari.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah berkata, sambutan kali ini berbeza berbanding tahun sebelumnya berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Kita tidak dapat bersama secara fizikal untuk meraikannya namun beberapa aktiviti masih digerakkan bagi menzahirkan semangat Wilayah Persekutuan dengan pematuhan prosedur operasi standars (SOP) ketat.

“Antara aktiviti dijalankan ialah kempen kibarkan bendera Wilayah Persekutuan dan program pencahayaan di beberapa lokasi termasuklah kawasan kediaman serta komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu video perutusan khas Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang dimuatnaik di laman sosial Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tadi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI