fbpx

Serbuan di hotel bongkar aktiviti pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan yang dilakukan di premis berkenaan telah menemui lapan wanita warga asing yang dipercayai menawarkan kegiatan tidak bermoral kepada pelanggan. Foto IHSAN PDRM

SERDANG – Tindakan licik sindiket pelacuran menawarkan aktiviti tidak bermoral kepada pelanggan dengan berselindung di sebalik sebuah hotel akhirnya kecundang dalam satu serbuan Ops Noda di Taman Equine, Seri Kembangan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, serbuan dilakukan pukul 11.30 malam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang susulan intipan selama tiga hari.

“Serbuan diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi dan hasil intipan yang dilakukan itu pasukan serbuan percaya bahawa ada kegiatan pelacuran di premis berkenaan.

“Sebaik serbuan dilakukan, pihak polis telah melakukan pemeriksaan dan menjumpai beberapa orang pelanggan bersama pelacur di tingkat dua dan tiga hotel berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Razali, modus operandi sindiket berkenaan adalah berselindung di sebalik perkhidmatan hotel dan menyediakan perkhidmatan pelacuran kepada pelanggan menerusi promosi di aplikasi WeChat dan MiChat.

“Apabila pelanggan tiba di hotel berkenaan, mereka akan berjumpa dengan dua lelaki penjaga premis dan perlu memberikan kata laluan ‘SkyQQ’ sebelum dibawa ke bilik hotel khas untuk kegiatan pelacuran dengan kadar bayaran RM190 hingga RM220.

“Menerusi serbuan ini, kita berjaya menahan dua lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis, tujuh pelanggan termasuk seorang lelaki Bangladesh dan lima wanita Indonesia serta tiga wanita Thailand yang kesemuanya berusia 25 hingga 52 tahun,” ujar beliau.

Jelas Razali, pasukan serbuan turut merampas 20 keping kondom, empat botol gel pelincir, lapan helai tuala, lapan gulungan tisu dan wang tunai berjumlah RM245.

“Kesemua tangkapan seterusnya dibawa ke IPD Serdang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 iaitu langgar syarat pas lawatan sosial.

“Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Perintah Kawalan Pergerakan),” ujar beliau. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI