fbpx

Latihan penghantaran vaksin Covid-19 ke kawasan pedalaman berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Latihan penghantaran vaksin Covid-19 ke kawasan pedalaman di Belaga, Sarawak berjaya dilaksanakan hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan latihan penghantaran vaksin Covid-19 ke kawasan pedalaman di Belaga, Sarawak, hari ini berjaya dilaksanakan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Belaga dipilih sebagai lokasi latihan ini kerana KKM mahu menilai keupayaan pelaksananaan vaksinasi di pedalaman.

Beliau berkata, Klinik Kesihatan Belaga berada sejauh 178 kilometer (km) atau kira-kira empat jam perjalanan dari bandar terdekat iaitu Bintulu (dan kira-kira 778 km dari bandar Kuching) melalui jalan darat.

“Ia adalah sebagai latihan bagi memastikan persiapan yang rapi dibuat sebelum bekalan sebenar vaksin dari syarikat Pfizer diterima di Malaysia.

“Pelaksanaan latihan penghantaran ini adalah usahasama dijalankan di antara KKM, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan syarikat Pfizer (M) Sdn. Bhd,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, objektif utama aktiviti latihan ini adalah untuk menilai keupayaan pengekalan suhu -75°C (+/-15°C) vaksin COMIRNATY sepanjang rantaian penghantaran, iaitu dari pihak pengilang sehingga ke fasiliti yang dipilih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI