fbpx

Solat fardu, solat Jumaat di P. Pinang dibenar dengan had

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Solat fardu di semua masjid dan surau di negeri ini dibenarkan dengan maksimum 15 jemaah berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, prosedur operasi standard (SOP) terkini itu turut memutuskan solat Jumaat juga dibenarkan dilaksanakan di antara 12 hingga 45 jemaah berusia 15 hingga 70 tahun termasuk jawatankuasa kariah, pegawai masjid dan siak.

“Pelaksanaan bagi solat jenazah bukan Covid-19 di masjid dan surau pula juga dihadkan kepada 20 orang, bagaimanapun ziarah kubur selepas pengebumian selesai masih tidak dibenarkan.

“Ruang solat musafir juga disediakan di masjid dan surau bagi kemudahan pekerja e-hailing, khidmat penghantaran dan seumpamanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Pulau Pinang menangguhkan beberapa aktiviti di masjid dan surau negeri itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bermula 13 hingga 26 Januari.

Antara aktiviti yang ditangguhkan ialah solat fardu dan Jumaat bagi orang awam serta urusan akad nikah.

Beliau yang juga Yang di Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, laungan azan di masjid digantikan dengan lafaz azan disebut kepada ‘sollu fi buyutikum’ (solatlah di rumah kamu). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI