fbpx
PERKAHWINAN pelakon Zarina Anjoulie dengan suaminya terlerai selepas hanya enam bulan.

Memang saya telah bercerai, itu jalan terbaik – Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Hanya bertahan selama enam bulan, pelakon sensasi Zarina Anjoulie tiba-tiba mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar.

Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, rumah tangga yang dibina pada 17 Julai tahun lalu itu berakhir kerana sudah tiada persefahaman antara mereka.

Pelakon Anak Pontianak itu mengesahkan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran video dalam Instagramnya selepas menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung status ‘bercerai’ yang dikongsikannya pagi tadi.

“Ya, benar saya telah bercerai. Saya tiada niat pun hendak kecoh. Sebenarnya tidak ada apa-apa perkara buruk pun yang berlaku, cuma saya rasa kami sudah tidak lagi sehaluan.

“Jadi, saya rasa itu (bercerai) adalah pilihan terbaik. Terima kasih pada sesiapa yang menghubungi saya tentang hal ini. Saya rasa sangat terharu,” katanya dalam video tersebut.

Anju bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut tentang tarikh dan punca berlakunya perceraian tersebut.

Ujar pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu lagi, perceraian merupakan keputusan terbaik untuk mereka. Kini, dia mahu lebih fokus terhadap keluarganya.

“Sekarang saya akan fokus terhadao kerja, keluarga dan anak saya.

“Sudah bertahun-tahun saya duduk seorang (ibu tunggal). Selepas ini saya akan gunakan masa yang ada untuk bersama keluarga,” katanya.

Terdahulu Anju mencetuskan tanda tanya ramai apabila memberi bayangan tentang status perkahwinan dengan bekas suaminya selepas memuat naik satu hantaran menyatakan rasa syukur dan mengumumkan dirinya telah bercerai dengan lelaki tersebut.

Sebelum ini, Anju pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berasal dari Brunei pada 2015 tetapi bercerai pada Disember 2016.

Dalam perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun. – K! ONLINE