fbpx

Hamzah dibenarkan keluar wad selepas 17 hari dirawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin akhirnya dibenarkan pulang selepas 14 hari dirawat dan menjalani kuarantin akibat positif Covid-19 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Beliau melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad lalu selepas dimasukkan ke PPUM pada 11 Januari lalu.

“Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada doktor, jururawat serta barisan petugas hadapan yang telah memberikan perkhidmatan
cemerlang dan layanan mesra tidak mengira penat lelah sepanjang tempoh rawatan saya.

“Kepada semua pihak yang telah bertanya khabar, memberikan kata semangat dan mendoakan kesihatan saya, terima kasih saya ucapkan. Keprihatihan anda semua telah memberikan kekuatan kepada saya untuk terus melawan virus Covid-19,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketika ini, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin masih dirawat di hospital kerana positif Covid-19.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed turut disahkan positif Covid-19 namun, sudah dibenarkan keluar dari hospital minggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI