fbpx

Harap Biden bawa keamanan dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHD. HAIKAL ISA, WARTAWAN EKSEKUTIF

MELIHAT kedatangan ‘hari baharu’ Amerika Syarikat (AS) apabila Joe Biden atau nama sebenarnya, Joseph Robinette Biden Jr. mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-46 minggu lalu, terdetik di hati penulis pengalaman pertama kali menjejakkan kaki di negara Uncle Sam itu kira-kira tiga tahun lalu.

Waktu itu, penulis diberi peluang untuk membuat liputan acara Academy Awards ke-90 di Dolby Theatre Hollywood, Los Angeles, California.

Berseorangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kemudian transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan selepas seharian penerbangan, akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Waktu itu masuk tahun kedua bekas Presiden ke-45, Donald Trump mengemudi AS. Perasaan teruja berada di AS bertukar sedikit ‘muram’ apabila penulis ditahan pihak imigresen negara itu dalam sebuah bilik yang menempatkan pelawat selama dua jam lamanya.

Kebanyakan mereka yang berada di bilik itu adalah orang Islam.

Dua jam lamanya tidak berbuat apa-apa, duduk dan menunggu nama dipanggil pegawai bertugas yang menanyakan apa urusan penulis berada di AS.

Dengan lirikan mata seolah-olah penulis ini datang untuk tujuan tidak baik, lebih kurang lima minit penjelasan, penulis akhirnya dilepaskan. Itulah betapa ketatnya peraturan untuk memasuki AS.

Berbalik soal Biden, semestinya ramai penduduk dunia terutamanya orang Islam mengharapkan ahli politik yang bernaung bawah parti Democratic Party itu untuk melakukan sesuatu terhadap keamanan dunia.

Tidak menunggu lama, beliau sudahpun menamatkan sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas beberapa negara majoriti penduduknya Islam.

Pentadbiran baharu AS menyifatkan sekatan yang dikenakan oleh Trump itu sebagai diskriminasi.

Katanya, AS dibangun atas landasan kebebasan beragama dan toleransi, suatu prinsip yang termaktub dalam perlembagaan.

“Keselamatan nasional akan ditingkatkan dengan membatalkan Perintah Eksekutif dan Proklamasi itu,” kata Biden, yang turut mengarahkan semua kedutaan dan konsulat AS meneruskan proses permohonan visa berdasarkan langkah itu.

Menurut Penyelidik Ijazah Kedoktoran (PhD) di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda, Abdul Muein Abadi, belum tentu akan ada jaminan pulangan positif atau ‘dividen’ keamanan daripada Presiden AS yang baharu.

“Meskipun Biden berpendirian menolak usaha zionis Israel untuk memihak wilayah Tebing Barat Palestin, beliau masih menyokong kuat rejim tersebut dengan menolak seruan badan yang dikenali sebagai Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) kononnya atas dasar ‘antisemitik’.

“Beliau secara terbuka menyokong tindakan negara-negara Arab yang menormalisasi hubungan diplomatik dengan rejim zionis tersebut seperti Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan, dan Maghribi,” kata Abdul Muein.

Menurutnya, dahulu sewaktu Barrack Obama memerintah, beliau turut menjanjikan bulan dan bintang, tetapi masih memandang sebelah mata negara bergolak Islam seperti Palestin.

“Bagaimanapun, kita harap Biden akan jadi presiden yang lebih baik berbanding Trump,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI