fbpx

4,275 kes baharu, pecah rekod lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pecah rekod sekali lagi apabila kes harian negara melonjak kepada angka 4,275 kes hari ini, sekali gus tertinggi dilaporkan menjadikan sebanyak 180,455 kes di Malaysia.

Pada masa sama, kes sembuh merekodkan sebanyak 4,313 kes iaitu lebih tinggi daripada kes baharu dan angka itu juga tertinggi dilaporkan setakat ini dan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 137,019 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 4,264 kes adalah penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 42,769 kes.

“Tujuh kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 667 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 260 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 103 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI