fbpx

1.34 tan hasil pertanian import dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Maqis Kelantan melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori menerusi Operasi Pematuhan Import Pertanian yang dijalankan di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, semalam.

RANTAU PANJANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan merampas pelbagai jenis hasil pertanian seberat 1.34 tan yang tidak mempunyai permit dan gagal mematuhi syarat import yang telah ditetapkan oleh agensi berkenaan semalam.

Rampasan bernilai RM9,124 itu dilakukan menerusi Operasi Pematuhan Import Pertanian yang dijalankan Maqis Kelantan di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.

Pengarah Maqis Kelantan, Roslan Che At berkata, dalam operasi yang bermula pukul 5 petang itu, pihaknya telah merampas hasil pertanian seperti cili padi, lengkuas, pisang, ubi keledek dan daun limau purut.

Menurutnya, rampasan itu dilakukan selepas Maqis Kelantan berjaya menahan tiga buah lori yang membawa barangan tersebut.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita mendapati ketiga-tiga lori itu tidak mempunyai permit import yang sah selain tidak mematuhi syarat import yang telah ditetapkan.

“Maqis sentiasa memandang serius dan melakukan tindakan penguatkuasaan mengenai kesalahan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Roslan, hal ini bagi memastikan jaminan keselamatan makanan terpelihara daripada sebarang penyakit.

Tambahnya, Maqis Kelantan juga mahu keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara selain mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan oleh kerajaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI