fbpx

Masa Donny bakal tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DONNY masih belum berjaya menembusi kesebelasan utama United setakat ini sehingga menimbulkan spekulasi perpindahannya meninggalkan Old Trafford. – AFP

MANCHESTER – Bekas penjaga gol legenda Manchester United, Edwin Van Der Sar meluahkan keyakinan terhadap impak yang bakal diberikan pemain antarabangsa Belanda, Donny Van De Beek meskipun dilihat gagal menyerlah sejak mewakili The Red Devils musim ini.

Sebagai rekod, United telah mengeluarkan dana sebanyak £35 juta (RM192.8 juta) untuk mendapatkan khidmat Van De Beek daripada kelab gergasi Belanda, Ajax Amsterdam pada jendela perpindahan, September lepas.

Bagaimanapun, Van De Beek yang diberikan kontrak jangka panjang selama lima tahun bersama skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dilihat bergelut dengan masalah prestasi selain tidak diturunkan langsung dalam lima perlawanan terakhir.

Namun, Van Der Sar yang kini menyandang jawatan Ke­tua Pegawai Eksekutif (CEO) Ajax percaya, skuad The Red Devils memiliki pemain yang berpotensi cukup besar de­ngan kehadiran Van De Beek.

“Saya telah berhubung secara peribadi dengan Solskjaer dan pengurusan United mengenai Van De Beek sama ada dia ada masalah disiplin atau sebaliknya kerana minit permai­nannya tidak sebanyak pemain lain.

“Namun, jawapan yang saya terima cukup positif dengan mereka menyatakan komitmen yang diberikan oleh Van De Beek sangat bagus dan boleh dikatakan antara pemain terbaik ketika sesi latihan.

“Cuma, mereka mahu Van De Beek bersabar menanti peluang kerana jentera tengah United dibarisi pemain terbaik dunia seperti Paul Pogba, Bruno Fernandes, Nemanja Matic dan Scott McTominay dan mereka semua cukup konsisten ketika ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI