fbpx

Banduan didakwa masukkan botol budu dalam dubur rakan sel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contoh budu yang dimasukkan ke dalam dubur mangsa.

KOTA BHARU – Seorang banduan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan botol budu ke dalam dubur banduan lain di dalam Penjara Pengkalan Chepa di sini pada bulan Disember lalu.

Tertuduh, Mohd. Nor Ashmadian Satar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan perhubungan seksual kepada seorang lelaki berusia 32 tahun dengan memasukkan botol plastik ke dalam dubur tanpa kerelaannya.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di dalam sebuah bilik di Penjara Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 5 petang pada 30 Disember tahun lalu.

Pertuduhan terhadap dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah bagaimanapun tidak menetapkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara.

Difahamkan, tertuduh dipercayai bertengkar dengan mangsa sebelum bertindak memasukkan botol budu ke dalam dubur mangsa.

Tertuduh kini menjalani hukuman di Penjara Pengkalan Chepa atas pelbagai kesalahan melibatkan kes dadah, samun, pukul dan menghalang tugas awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI