fbpx

21 kluster rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 21 kluster yang dikaitkan dengan pergerakan rentas negeri dikesan bermula 7 Disember lalu sehingga hari ini.

Menerusi ciapan Kementerian Kesihatan (KKM) pada twitter rasminya, kluster tersebut dilaporkan di Pahang, Kelantan, Perak, Terengganu, Sarawak dan Labuan.

“Kluster Seragam Chepa, Alor Durian, Wakaf Lanas, Kampung Geting, Kampung Renok, Kampung Badak, Taman Kesedar serta Pondok Hidayah dilaporkan di Kelantan manakala, Kluster Inten, Semambu, Tembok Mempaga serta Rantau Lada dilaporkan di Pahang.

“Seterusnya, Perak melaporkan Kluster Ehsan Ibol, Lumut Barat dan Intas Mas manakala, Kluster Mengkuang dan Palut dikenal pasti di Terengganu,” katanya.

Dalam pada sama, Sarawak melaporkan Kluster Bah Sayap, Pasai dan Jelita manakala, Labuan merekodkan Kluster Jalan Mohammed Salleh.

Negeri-negeri asal kluster tersebut melibatkan Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Melaka.

Kesemua 21 kluster yang dikaitkan dengan pergerakan rentas negeri itu merekodkan sebanyak 1,931 kes positif Covid-19 sepanjang tempoh tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI