fbpx

Hadkan pembelian minyak masak paket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Peruncit di negeri ini diarah untuk melaksanakan kawalan kendiri ketika menjual minyak masak subsidi paket sekilogram bagi memastikan bekalan tidak dijual secara berlebihan kepada seorang pengguna.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan supaya pembelian dihadkan antara dua hingga lima paket untuk setiap pembelian.

“Setakat ini bekalan minyak masak paket mencukupi cuma kita memerlukan kawalan kendiri ketika membeli serta menjual minyak masak paket sekilogram.

“Pihak KPDNHEP juga telah mengeluarkan arahan supaya peruncit menghadkan pembelian di antara dua hingga lima paket kepada seorang pengguna,” katanya selepas meninjau harga barangan harian di sebuah pasar raya di Jelutong di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI