fbpx

Syarat pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 dimudahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memudahkan proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 dengan ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri
bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ahli juga perlu menghantar sendiri dokumen sokongan secara dalam talian.

“Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari. Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar khas hari ini.

Beliau menjelaskan, langkah diambil KWSP itu adalah bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir.

Kerajaan telah dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan memberi pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang telah berakhir pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI