fbpx

KPDNHEP keluar enam notis kenaikan minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSOL (tengah) memeriksa bekalan dan harga minyak masak di sebuah pasar raya di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan menerima tiga aduan berhubung kenaikan harga minyak masak yang menimbulkan kegusaran pengguna.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, enam notis penjelasan telah dikeluarkan terhadap peruncit mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau berkata, tiga laporan yang diterima sejak seminggu lalu itu masing-masing dua daripada pengguna Johor manakala satu di Putrajaya.

“Aduan rasmi berkenaan berhubung minyak masak lima kilogram (kg) yang didakwa naik pada harga antara RM25 hingga RM28 sebotol berbanding RM19 hingga RM22 sebelum ini.

“Siasatan KPDNHEP mendapati memang benar beberapa jenama mengalami kenaikan harga di beberapa lokasi di seluruh negara,”
katanya selepas mengadakan tinjauan harga minyak masak di sebuah pasar raya di Kuala Berang di sini hari ini.

Rosol berkata, pasukan penguat kuasa KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan di peringkat peruncit bagi menyiasat sekiranya wujud unsur pencatutan.

Beliau berkata, notis Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan  2011 telah dikemukakan kepada enam peniaga bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kenaikan harga minyak masak berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI