fbpx

Wilayah Persekutuan bermunajat mulai solat Maghrib malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyeru seluruh warga Wilayah Persekutuan untuk turut serta bermunajat selepas solat Maghrib malam ini.

Menurutnya, Jawi akan melaksanakan aktiviti Wilayah Persekutuan Bermunajat dengan pengisian solat hajat, zikir dan doa munajat secara serentak di masjid, surau Jumaat dan surau serta kediaman masing-masing di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai malam ini.

“Kaedah pelaksanaan program ini adalah dengan memastikan imam yang bertugas di masjid, surau Jumaat dan surau membacakan teks zikir dan doa yang disediakan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan menggunakan pembesar suara yang jelas didengar.

“Marilah kita semua terus bermunajat dan berdoa kepada Allah S.W.T agar penularan wabak Covid-19 dapat segera dibendung serta negara Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah S.W.T,” katanya.

Katanya, semua surau dan masjid juga diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk jumlah jemaah yang sudah ditetapkan.

Jawi juga menasihatkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan supaya terus melaksanakan aktiviti bermunajat ini setiap hari bermula hari ini sehingga wabak pandemik ini berakhir.

Negara merekodkan kes positif Covid-19 harian tertinggi semalam dengan 4,029 kes manakala hari ini kes adalah 3,339. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI