fbpx

Ketua Bersatu Bahagian Sepang positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimi

SEPANG – Ketua Bersatu Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali disahkan positif Covid-19, semalam.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook peribadi, beliau memaklumkan telah menjalani ujian calitan kali kedua setelah menjalani kuarantin kendiri sejak enam hari lepas.

“Saya memohon seribu kemaafan atas segala kesulitan yang berlaku kepada masyarakat dan kontak rapat.

“Saya berdoa agar segala urusan perubatan saya dipermudahkan dan saya kembali sembuh,” katanya.

Sementara itu, menerusi Facebook PPBM – Bersatu Sepang, Suhaimi dipercayai menghadiri Program Gunting Rambut Percuma PN Zon Bagan Lalang pada 10 Januari lalu.

Penganjuran program itu mendapat mendapat kecaman kerana didakwa tidak mematuhi prosedur oeprasi standard yang ditetapkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI