fbpx

Alasan Priyanka langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA CHOPRA

SELEBRITI Bollywood terkenal, Priyanka Chopra menafikan dakwaan melanggar perintah berkurung yang dilaksanakan di London berikutan mengunjungi sebuah salon milik selebriti, Josh Wood baru-baru ini.

Atas tuduhan tersebut, wakil kepada Priyanka terpaksa mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan perkara sebenar, sekali gus menafikan bahawa isteri kepada penyanyi, Nick Jonas itu telah diberikan penalti oleh pihak berkuasa.

“Rambut Priyanka diwarnakan bagi tujuan penggambaran filem Text For You yang kini sedang dijalankan di London.

“Salon itu telah dibuka khas untuk kumpulan produksi dan semua yang terlibat telah pun melakukan ujian calitan Covid-19.

“Seperti semua sedia maklum, aktiviti seperti penggambaran filem dan televisyen adalah dibenarkan beroperasi di England,” kata jurucakap Priyanka.

Katanya lagi, mereka turut diberikan kebenaran secara sah daripada pihak polis bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI