fbpx

Suami panik selepas rosakkan berus solekan RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berus solekan yang rosak selepas dibasuh menggunakan mesin membasuh pinggan. – TikTok

LONDON – Niat baik seorang suami mahu membantu membasuh berus solekan isterinya bertukar satu mimpi ngeri apabila dia merosakkan alatan itu secara tidak sengaja.

Kevin K. memuat naik satu rakaman video di TikTok dan meminta bantuan netizen tentang cara untuk menyelesaikan masalah yang dia hadapi.

Akhbar Mirror UK kelmarin melaporkan Kevin dikatakan mahu membuat kejutan kepada isteri yang sering merungut tentang kerja membersihkan koleksi berus solekannya.

Tanpa berfikir panjang, Kevin meletakkan semua berus itu di dalam mesin membasuh pinggan tanpa dia sedar bahawa berus itu harus dibasuh satu persatu.

Teknik cucian menggunakan mesin itu menyebabkan keba­nyakan bulu pada berus solekan rosak dan tertanggal.

“Pengguna TikTok, saya perlukan bantuan kamu. Tolong!! Bagaimana hendak betulkan kesilapan ini?” tulis Kevin.

Ramai pengguna TikTok berasa simpati dengan Kevin tetapi menjelaskan bahawa ada kemungkinan koleksi berus isteri­nya gagal diselamatkan.

“Alamak, anda seperti baru bangun tidur dan memilih untuk meninggal dunia,” tulis seorang pengguna.

“Dompet anda akan mula mengalami kesakitan, tuan,” komen seorang lagi.

Beberapa netizen memaklumkan bahawa koleksi berus solekan isteri Kevin adalah jenama terkenal dan bernilai antara AS$300 hingga AS$600 (RM1,210 hingga RM2,420). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI