fbpx

19 kluster rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 19 kluster berpunca daripada pergerakan merentas negeri yang dikesan sejak 7 Disember lalu sehingga hari ini.

Menerusi ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, 19 kluster yang dilaporkan itu melibatkan lima negeri iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak dan Sarawak.

Berdasarkan pecahan, lapan kluster dilaporkan di Kelantan iaitu Seragam Chepa, Alor Durian, Wakaf Lanas, Kampung Geting, Kampung Renok, Kampung Badak, Taman Kesedar dan Pondok Hidayah.

“Pahang merekodkan Kluster Inten, Semambu dan Tembok Mempaga manakala di Terengganu ialah Kluster Mengkuang dan Palut,” katanya ciapan tersebut di sini hari ini.

Selain itu, kluster rentas negeri di Sarawak membabitkan Kluster Bah Sayap, Pasai dan Jelita manakala di Perak ialah Kluster Ehsan Ibol, Lumut Barat dan Intan Emas.

Dalam pada itu, kesemua kluster rentas negeri itu sehingga kini merekodkan sebanyak 1,567 kes positif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI