fbpx

HRPB galak guna khidmat farmasi pandu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai digalakkan menggunakan khidmat kaunter pandu lalu di HRPB bagi mengurangkan kesesakan.

IPOH – Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini menggalakkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan kaunter farmasi pandu lalu bagi mengambil ubat-ubatan.

Jabatan Kesihatan negeri Perak dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan tersebut dapat menjimatkan masa pesakit mencari tempat letak kereta serta menunggu giliran sekiranya mengambil ubat di kaunter farmasi.

Menurut kenyataan tersebut, alternatif perkhidmatan kaunter farmasi pandu lalu juga dapat mengurangkan kesesakan dalam hospital.

“Perkhidmatan ini disediakan secara temujanji sahaja. Sehubungan itu, pesakit yang berminat perlu berdaftar terlebih dahulu di kaunter farmasi HRPB atau secara talian melalui laman web https://hrpb.moh.gov.my/farmasi atau mengimbas kod QR yang dilampirkan.

“Waktu operasi kaunter farmasi pandu lalu HRPB ini adalah bermula pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan ditutup pada hujung minggu serta cuti umum,” katanya.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Farmasi Kompleks Pakar di talian 05-2085 303 atau Farmasi Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi (05-2086 035 untuk maklumat lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI