fbpx

Banjir di Johor hampir pulih, hanya 93 mangsa ditempatkan di dua PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA sukarelawan membersihkan sampah-sarap di salah sebuah rumah yang terjejas akibat banjir di Kampung Tembioh, Kota Tinggi.

JOHOR BAHRU – Bencana banjir di negeri ini hampir pulih sepenuhnya apabila hanya seramai 93 mangsa daripada 23 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, hanya dua daerah yang masih terjejas iaitu Batu Pahat dan Segamat.

Jelasnya, jumlah itu merupakan pengurangan drastik daripada seramai 784 mangsa yang direkodkan pada pukul 8 pagi, hari ini.

“Sehingga pukul 4 petang ini, hanya seramai 93 mangsa banjir masih ditempatkan di dua buah PPS yang masih dibuka.

“PPS tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bunut di Batu Pahat yang menempatkan seramai 17 orang dan Sekolah Agama Gemereh di Segamat yang menempatkan seramai 76 orang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, hanya terdapat satu laluan yang masih ditutup buat semua kenderaan iaitu Jalan Kota Tinggi-Kluang di Taman Seri Impian akibat kejadian tanah runtuh.

Keadaan banjir di Johor dijangka akan terus pulih apabila Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca hujan lebat dan berterusan tidak akan berlaku di negeri ini bagi hari esok.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ekoran negara masih dibelenggu pandemik Covid-19 ketika ini selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di negeri Johor.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI