fbpx

KKMM tubuh jawatankuasa siasat isu ciapan Twitter MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat isu ciapan membabitkan Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Jawatankuasa yang ditubuhkan hari ini dikenali sebagai Jawatankuasa Siasatan Kes Ciapan Tidak Senonoh Tahun 2014 di Akaun Rasmi Twitter MCMC.

Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital), KKMM dan dianggotai oleh empat orang ahli jawatankuasa.

Beliau berkata, jawatankuasa ini akan menjalankan siasatan dengan terperinci bermula esok khususnya mengenai isu ciapan tidak senonoh akaun Twitter MCMC tersebut.

“Kami akan mengenal pasti punca melalui penelitian dokumen, peraturan, kaedah pengendalian dan pihak-pihak yang terbabit serta kemungkinan wujudnya unsur-unsur penyalahgunaan atau penyelewengan.

“Jawatankuasa ini juga mengesyorkan tindakan yang bersesuaian, antaranya tindakan tatatertib, surcaj, membuat laporan polis atau laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tindakan sivil di mahkamah juga akan dibuat sekiranya wujud kecuaian atau salah laku dalam isu ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mohammad berkata, siasatan akan dilaksanakan secara telus dan laporan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah bersama-sama syor untuk tindakan selanjutnya dengan segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI