fbpx

Agong, Raja Permaisuri tinjau banjir di Kampung Acheh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah mengayuh sendiri sampan ketika mencemar duli meninjau situasi banjir di Kampung Acheh, Pekan, Pahang

PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau situasi banjir di Kampung Acheh, Pekan, Pahang pagi tadi menggunakan sampan.

Istana Negara memaklumkan, baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Acheh dan Balairaya Kampung Acheh dan meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa banjir.

“Dalam lawatan ini, baginda berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana banjir.

“Baginda berdua dijadualkan meneruskan lawatan ke beberapa buah kampung di sekitar Pekan, Pahang yang telah dilanda bencana banjir,” menurut hantaran di laman Facebook Istana Negara hari ini.

Turut mengiring anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan.

“Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI