fbpx

Pemandu lori didakwa laku seks luar tabii, merompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murlitharan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan termasuk persetubuhan luar tabii.

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan termasuk melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita, November tahun lalu.

Tertuduh, V.Murlitharan, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali.

Murlitharan yang masih bujang didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita berusia 20 tahun tanpa kerelaannya.

Dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga didakwa melakukan rompakan barangan kemas seperti cincin, rantai dan telefon bimbit terhadap mangsa sama dan kakaknya.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun, denda atau sebatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh di kawasan parkir Stesen Komuter Batu 3, di sini pukul 11 pagi pada 4 November tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Baizura Mohd. Saubian menawarkan keseluruhan RM35,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran, tidak dibenarkan berjumpa mangsa serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Muhammad Arif Asyraf Mohd. Khairi mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan susulan anak guamnya baharu bekerja dengan pendapatan RM1,650 sebulan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM22,000 bersama seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan 2 Mac hadapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI