fbpx

Darurat bukan kerana tak mahu adakan PRU- Timbalan Menteri Luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUDDIN

PETALING JAYA- Pengisytiharan darurat bukan satu indikator Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu adakan Pilihan Raya Umum (PRU).

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, keputusan itu sebaliknya mengambil iktibar daripada Pilihanraya Negeri Sabah yang lalu.

“Perdana Menteri tidak mahu lagi mengambil keputusan politik yang akan memberi lebih banyak mudarat berbanding manfaat kepada rakyat selaras dengan prinsip hifz al-nafs dalam Maqasid Syariah.

“Malahan, Perdana Menteri juga telah memberi jaminan bahawa PRU akan diadakan sejurus keadaan wabak pandemik di negara ini mulai reda dan pulih sepenuhnya.

“Maka, amat penting bagi semua pihak tanpa mengira prinsip dan ideologi politik untuk mengetepikan seketika tindakan politik dan bersama dengan Kerajaan untuk berganding bahu memutuskan rantaian wabak pandemik ini dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pengisytiharan itu juga tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi, malah selari dengan Perlembagaaan Malaysia.

Ini kerana katanya, darurat jelas termaktub di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan satu keperluan untuk pengisytiharan darurat dilakukan sekiranya aspek keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terkesan ataupun terancam.

“Pengisytiharan darurat ini hanya bermatlamatkan kepada satu perkara; membendung dan mengurangkan penularan wabak pandemik Covid-19.

“Pengisytiharan darurat ini juga akan memastikan Kerajaan dapat berfungsi dengan lebih baik tanpa sebarang gangguan dan tindakan politik tidak bertanggungjawab daripada mana-mana pihak yang sama sekali menjejaskan usaha untuk mengurangkan ancaman Covid-19 dan memperkukuhkan kestabilan ekonomi negara,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Justeru, beliau menasihati kepada rakan-rakan politik untuk tidak lagi mencetuskan provokasi politik yang memberi lebih banyak mudarat kepada rakyat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI