fbpx
FATIN AFEEFA mendedahkan bekas suaminya gagal membayar nafkah sejak 2017.

Fatin Afeefa dakwa bekas suami culas bayar nafkah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon Fatin Afeefa mendedahkan bahawa bekas suaminya, Adam Shahz tidak pernah memberi nafkah kepada anak mereka sejak berpisah hampir empat tahun lalu.

Pendedahan itu di­luahkan Fatin Afeefa, 26, menerusi Insta­Storynya kelmarin dengan mendakwa Adam gagal melunaskan tanggungjawabnya terhadap anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia, 5, sejak 2017.

Pada masa sama, pelakon filem Tentang Bulan itu meluahkan perasaan berang de­ngan tindakan tidak bertanggungjawab Adam yang menunjukkan te­ladan tidak baik kepada Ivy
Herra.

Fatin mendedahkan, Adam membawa Ivy Herra bercuti baru-baru ini bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Candy yang merupakan bakal isterinya.

Pendedahan tersebut pula dikongsi Fatin Afeefa menerusi rakaman satu panggilan video bersama anak­nya.

pelakon Fatin Afeefa luah perasaan di InstaStorynya.

Fatin ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, video perbualan antara dia dengan anaknya sudah cukup menceritakan kea­daan sebenar bekas suaminya.

“Dia (Adam) ada membalas WhatsApp saya, tetapi tidak elok jika hendak berkongsi mengenai keseluruhan perbualan telefon tersebut.

“Video ini sudah cukup untuk menjelaskan semuanya,” kata Fatin Afeefa.

Pendedahan tersebut ba­gaimanapun dipa­dam beberapa jam kemudian.

Wanita itu kemudian memuat naik satu perkongsian baharu yang menyatakan mengenai kekesalan­nya berkongsi hal peribadi kepada umum.

“Sepatutnya saya simpan semuanya untuk diri sendiri se­perti yang saya lakukan sejak empat tahun lalu. Disebabkan simpan dalam tempoh yang lama, saya sudah tidak tahan lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak.

“Saya padam, namun tak bermakna saya okey. Saya tidak pernah okey dengan perkara ini,” katanya.

Fatin Afeefa dan Adam mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 sebelum pasangan itu berpisah pada 2017.