fbpx

Lelaki aktif pecah cermin kenderaan dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Polis berjaya memberkas seorang lelaki kerana terlibat dengan beberapa jenayah pecah cermin kenderaan sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, penahanan lelaki berusia 40-an itu dibuat susulan satu laporan polis yang dibuat seorang lelaki, Sabtu lalu.

Katanya, pengadu berusia 25 tahun itu telah membuat laporan berkenaan kejadian pecah cermin kereta miliknya.

“Bertindak atas maklumat orang awam, anggota dari Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn telah berjaya menahan seorang lelaki di Perkarangan Dataran C180, Cheras di sini semalam.

“Semakan mendapati suspek memiliki 20 rekod jenayah lampau termasuk kes pecah cermin kereta dan curi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zaid berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai yang terdekat atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Sarjan Affiq Shahmey di talian 013-2490964.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI