fbpx

552 ditahan ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Seramai 522 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah yang ditahan itu, 525 individu dikompaun manakala, tiga individu direman.

Beliau berkata, antara kesalahan adalah termasuk aktiviti pusat hiburan (203), tidak memakai pelitup muka (149), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (73) dan lain-lain (2).

“Selain itu, seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga buah kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng di seluruh negara semalam, ” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 38 Ops Sanitasi Awam dilaksanakan membabitkan di sembilan buah negeri dan dua wilayah persekutuan.

Beliau berkata, secara keseluruhan, sebanyak 13,539 operasi sanitasi awam dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu.

Selain itu, katanya, seramai 101,163 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai tahun lalu sehingga semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,892 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dan seramai 92,731 individu telah dibenarkan pulang,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 14,231 jumlah pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang membabitkan 8,064 tapak binaan di seluruh negara.

“Menerusi pemeriksaan di lapan buah tapak binaan semalam, tujuh tapak binaan mematuhi SOP disediakan manakala, sebuah tapak binaan pula tidak beroperasi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI