fbpx

Majikan digesa lapor pekerja asing positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Semua majikan digesa melaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dengan segera jika ada dalam kalangan pekerja asing mereka didapati positif Covid-19.

Gesaan itu dibuat susulan peningkatan kes positif Covid-19 di Malaysia yang telah mencecah lebih 125,000 kes.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, majikan juga perlu menyediakan pusat kuarantin untuk tujuan pengasingan pekerja asing mereka yang disahkan positif Covid-19.

“Kos perbelanjaan perubatan serta penyaraan pekerja asing semasa tempoh pengasingan tersebut dibiayai oleh majikan masing-masing.

“Majikan perlu bertindak lebih proaktif dalam membendung penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan pekerja asing yang mereka gajikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, golongan majikan juga disaran melakukan ujian saringan Covid-19 dalam kalangan pekerja asing

Kata beliau, ia selaras dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No. 9) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.

Jelas beliau, ia bagi membolehkan pengesanan awal pekerja asing yang positif Covid-19 dan seterusnya membendung penularan pandemik tersebut kepada rakan sekerja mereka yang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI