KOTA BHARU – Banjir di negeri ini bertambah buruk apabila 5,402 mangsa telah ditempatkan ke 72 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah yang terjejas.
Lima daerah itu ialah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang dan Jeli yang melibatkan 1,448 keluarga setakat pukul 6 petang tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Krai menjadi jajahan tertinggi yang mempunyai mangsa banjir iaitu 2,669 mangsa.
Diikuti oleh Pasir Mas ramai 336 mangsa, Jeli (178), Gua Musang (111) dan Tanah Merah (127).
Sementara itu, bacaan paras air sungai pula semakin menaik dan melepasi paras bahaya.
Sungai terbabit ialah Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang ; Lebir (Tualang); Tangga Krai; Tambatan DiRaja; Sungai Golok di Jenob dan Rantau Panjang. – K! ONLINE