fbpx

LBS sasar jualan RM1.2 bilion tahun ini disokong projek baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – LBS Bina Group Bhd. (LBS) menyasarkan jualan bernilai RM1.2 bilion tahun ini, sama seperti jumlah yang berjaya dicapai pada 2020.

Pengarah Urusan Kumpulan, Lim Hock San berkata, sasaran tersebut disokong dengan pelancaran projek-projek baharu de­ngan anggaran nilai pembangunan kasar RM2.65 bilion sepanjang tahun 2021.

Ia meliputi 16 pelancaran baharu merentasi Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak melibatkan 5,967 unit kediaman.

“Kami berpuas hati terhadap pencapaian Kumpulan yang merekodkan jualan berjumlah RM1.2 bilion tahun lalu setelah menetapkan semula sasaran jualan pada 2020 kepada RM1 bilion pada April berbanding sasaran awal berjumlah RM1.6 bilion di­sebabkan pandemik.

“Sekiranya sasaran RM1.2 bi­lion tahun ini berjaya dicapai lebih awal, kami mungkin akan menetapkan semula sasaran jualan bagi 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat LBS di sini semalam.

Hock San menjelaskan, meskipun Kumpulan perlu berhati-hati terhadap kesan yang dibawa pandemik terhadap jualan, ditambah dengan sentimen pengguna tidak menentu dan spekulasi pilihan raya semakin hampir, pihaknya percaya bahawa prestasi tahun ini tidak akan lebih buruk berbanding 2020.

Menurut Hock San, majoriti daripada jualan tahun ini dijangka disumbang daripada projek perbandaran KITA @ Cybersouth di Dengkil.

Projek lain ialah ialah fasa baharu bandar LBS Alam Perdana di Puncak Alam.

Tambah beliau, produk LBS di kedua-dua perbandaran tersebut yang bersifat mampu milik dan menepati minat pembeli membolehkannya meraih jualan baik, namun syarat pembiayaan ketat oleh institusi kewangan tidak memungkinkannya mencapai jualan 100 peratus.

“Kadar kelulusan pembiayaan ketika ini adalah sekitar 50 peratus, ini bermakna pasukan pemasaran kami perlu menjual dua unit kediaman untuk memperoleh jualan seunit kediaman,” katanya.

Hock San menerangkan, pi­haknya masih memiliki bank tanah berkeluasan 1,380 hektar untuk dibangunkan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang dan pihaknya tidak memiliki sebarang perancangan untuk menambah saiz bank tanahnya dalam suasana semasa.

Jualan belum dibil Kumpulan ketika ini berjumlah RM2.225 bi­lion.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI