fbpx

Jimatkan penggunaan peralatan komunikasi di kawasan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Orang ramai dinasihatkan menjimatkan penggunaan peralatan komunikasi sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik dan hanya digunakan untuk urusan penting seperti membuat panggilan kecemasan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, sebagai badan kawal selia penyedia perkhidmatan telekomunikasi, pihaknya prihatin terhadap kejadian banjir yang sedang melanda beberapa buah negeri ketika ini.

MCMC berkata, berikutan itu, terdapat kawasan yang mengalami gangguan perkhidmatan ekoran terputusnya bekalan elektrik di menara komunikasi.

“Sejajar dengan usaha untuk memastikan perkhidmatan komunikasi yang stabil, pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah menyediakan pelan pemulihan bencana untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan yang berpanjangan.

“Antaranya, menempatkan generator dan bekalan kuasa di platform yang dinaikkan, menggunakan genset sementara atau kekal, menaik taraf bateri sandaran serta menyediakan Base Transceiver Station (BTS) mudah alih sementara di pusat pemindahan,” katanya hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI